Traduzione dei Significati del Sacro Corano - Traduzione malese - Abdullah Basamiyah

Az-Zalzalah

external-link copy
1 : 99

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, info
التفاسير:

external-link copy
2 : 99

وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, info
التفاسير:

external-link copy
3 : 99

وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” info
التفاسير:

external-link copy
4 : 99

يَوۡمَئِذٖ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: info
التفاسير:

external-link copy
5 : 99

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). info
التفاسير:

external-link copy
6 : 99

يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتٗا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. info
التفاسير:

external-link copy
7 : 99

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! info
التفاسير:

external-link copy
8 : 99

وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! info
التفاسير: