ترجمة معاني القرآن الكريم - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية

سورة الشرح - Al-Insyiraah

external-link copy
1 : 94

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? info
التفاسير:

external-link copy
2 : 94

وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - info
التفاسير:

external-link copy
3 : 94

ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? info
التفاسير:

external-link copy
4 : 94

وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? info
التفاسير:

external-link copy
5 : 94

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, info
التفاسير:

external-link copy
6 : 94

إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. info
التفاسير:

external-link copy
7 : 94

فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), info
التفاسير:

external-link copy
8 : 94

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). info
التفاسير: